PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN
GOLF MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)
GOLF MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)
_____________________________________________________________________________
Semakan Pertama : Mesyuarat
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Golf
MSSM Bil 1/2013
21 - 23 Februari 2013
Semakan Kedua : Mesyuarat
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Golf MSSM Bil
1/2014
Hotel Selesa, Johor Bahru
05 – 07 Februari 2014
Semakan Ketiga : Mesyuarat Pengerusi Teknik dan Pembangunan Golf MSSM Bil
1/2015
1. PENGURUSAN
1.1 Kejohanan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pertandingan
Majlis Sukan Sekolah Malaysia (Committee) dan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah Negeri.
- ELIGIBILITI
DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
2.1 Pertandingan ini akan mengikut undang-undang Rules of Golf and
The Rules of Amateur Status 2012 – 2015 dan
‘Local Rule’ venue pertandingan masing-masing.
2.2 Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Am
MSSM.
- GELANGGANG
PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan
boleh diadakan di mana-mana Kelab Golf yang memenuhi standard piawaian pertandingan.
3.2 Sekiranya
negeri tersebut tiada kemudahan yang sedemikian maka ianya boleh diadakan di
negeri yang berhampiran dengan persetujuan semua pengerusi teknik negeri.
- PENDAFTARAN
PEMAIN
4.1 Lelaki
dan perempuan bawah 18 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun dan lahir pada :
4.1.1
Bawah 18 tahun – 01 Januari
……….. dan selepas (SM)
4.1.2
Bawah 15 tahun – 01 Januari ……….
dan selepas (SM)
4.1.3
Bawah 12 tahun – 01 Januari ……….
dan selepas (SR)
4.2 Setiap
kontinjen dikehendaki menghantar sejumlah maksimum 18 pemain yang terdiri
daripada 3 pemain lelaki dan 3 pemain perempuan setiap kategori bawah 18 tahun,
15 tahun, 12 tahun sahaja.
4.3 Pemain
perlu berdaftar berdasarkan umur mengikut kategori masing-masing.
4.4 Setiap
pertukaran peserta boleh dibuat dengan persetujuan dan kelulusan Jawatankuasa
Pengelola semasa mesyuarat Pengurus Pasukan.
4.5 Borang
penyertaan kejohanan hendaklah dibuat melalui borang M01, M02,(sekolah menengah) R01, R02 (sekolah rendah) yang disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola.
4.6 Pendaftaran
juga MESTI dibuat melalui eKejohanan.
4.7 Setiap
pendaftaran mesti disertakan satu salinan dokumen yang disahkan oleh sekolah
masing-masing seperti berikut :
4.7.1
Kad pengenalan
4.7.2
Surat beranak / My
Kid (bawah 12 tahun)
5. MASA
PERMAINAN DAN SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Masa pertandingan dan sistem pertandingan akan ditentukan
oleh Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Teknikal
Golf MSSM mengikut keperluan venue pertandingan dan keadaan semasa.
5.2 Pendaftaran dan pengambilan scorecard semasa pertandingan MESTI dibuat oleh Pengurus Pasukan masing-masing.
5.3 Peserta mesti berada di kawasan permulaan 10 minit
sebelum masa pertandingan dimulakan.
5.4 Sebarang kelewatan akan dikenakan penalti 2 pukulan. (Rules 33.7)
6. FORMAT
PERTANDINGAN
6.1 Strokeplay 54 lubang, 3
hari berturut-turut.
6.2 Tee Box
6.2.1
Lelaki bawah
15 dan 18 tahun - Tee Box Biru
6.2.2
Perempuan
bawah 18 dan 15 tahun - Tee Box Putih
6.2.3
Lelaki dan
perempuan bawah 12 tahun - Tee Box Merah
- PENGAWASAN DAN KEPUTUSAN
7.1 Jawatankuasa
Pertandingan menyerahkan kuasa penuh
kepada pengadil bertauliah
yang
dijemput untuk mengawas dan membuat sebarang keputusan semasa
pertandingan berlangsung.
- ETIKA PEMAIN
8.1 Pemain
yang didapati merokok, minum-minuman keras akan dibatalkan penyertaannya (disqualified) manakala menggunakan
telefon bimbit semasa pertandingan akan diberi amaran keras, penalti 2 pukulan
dan kesalahan seterusnya akan dikenakan tindakan buang padang.
8.2 Semasa
pertandingan, peserta dikehendaki memakai pakaian golf yang sesuai. Kemeja – T
tanpa kolar, seluar Jean / Track adalah DILARANG.
8.3 Semasa
menghadiri upacara rasmi, peserta dikehendaki memakai pakaian seragam pasukan
dan berkasut.
8.4 Penggunaan ’yardage book’ dibenarkan.
- PENONTON
9.1 Para penonton boleh menyaksikan kejohanan melalui buggy track dan MESTI
berada pada jarak 30 meter dari mana-mana
peserta.
9.2 Peserta
akan dikenakan penalti 2 pukulan jika didapati berkomunikasi dengan
penonton.
- PERKARA LUAR JANGKA
10.1.Jika
berlaku bencana alam atau masalah cuaca di
mana pertandingan tidak dapat dilangsungkan,
skor mengikut hari pertandingan akan diambil kira (18 lubang ) atau tertakluk kepada Keputusan Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Teknikal Golf MSSM.
- PENENTUAN
KEPUTUSAN
11.1Pemain yang mendapat skor gross terendah bagi 54 lubang akan diiktiraf
sebagai
Juara dan skor seterusnya untuk kedudukan seterusnya.
11.1.1
Jika terdapat
keputusan seri penentuan pemenang akan dibuat melalui sistem On Count Back (OCB) iaitu :
11.1.1.1
Skor 18
lubang hari terakhir @ lubang 1 - 18
11.1.1.2
Skor 9
lubang hari terakhir @ lubang 10 - 18
11.1.1.3
Skor 6
lubang hari terakhir @ lubang 13 - 18
11.1.1.4
Skor 3
lubang hari terakhir @ lubang 16 - 18
11.1.1.5
Toss coin
11.2Bagi acara berpasukan kemenangan akan ditentukan melalui jumlah mata
berdasarkan
kedudukan pemain dalam acara individu seperti berikut :
KEDUDUKAN
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
MATA
|
10
|
7
|
5
|
3
|
2
|
1
|
11.2.1
Jika terdapat
keputusan seri markah keseluruhan, pemenang akan ditentukan melalui jumlah kutipan
pingat mengikut susunan emas, perak dan gangsa.
- BANTAHAN
12.1Sila
rujuk Peraturan Am (12) MSSM
12.2Sekiranya
ada bantahan, hanya pengurus pasukan dibenarkan mengambil
tindakan.
Bantahan hendak dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan
sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) tunai.
12.3Wang
pertaruhan tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dikemukakan itu
didapati tidak berasas dan ditolak.
12.4Setiap
bantahan hendaklah dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
dalam masa tiga puluh minit (30) selepas
pertandingan.
12.5Juri
Rayuan hendaklah mengadakan mesyuarat selepas Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan mendapati bantahan yang
hendak dibuat dipertimbangkan selepas
bantahan diterima.
12.6Keputusan
Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan dan
MSSM.
- LEMBAGA
JURI RAYUAN
13.1Sila
rujuk Peraturan Am (13) MSSM.
13.2Perlantikan
Juri Rayuan terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola,
Setiausaha
Jawatankuasa Pengelola, Wakil MSSM, Pengadil Pertandingan dan 3
pengerusi teknik
golf yang tidak terlibat dalam kes bantahan.
13.3Semua
keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
- LEMBAGA
TATATERTIB
14.1Pelantikan
Jawatankuasa Tatatertib adalah seperti yang dilantik oleh Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Negeri. [Peraturan
Am (14) MSSM].
- INSURAN
15.1Semua
peserta yang menyertai Pertandingan ini dilindungi insurans yang dibiayai
oleh penganjur semasa pertandingan
berlangsung sahaja.
- PERKARA
YANG TIDAK DINYATAKAN
16.1Semua
perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang
berkenaan dan keputusan adalah
muktamad. Sila rujuk Peraturan Am MSSM.