SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI GOLF MSSM, BAHAGIAN SUKAN, SEKTOR PELAJARAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Monday, 24 March 2014

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN GOLF MSSM 2015


  PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN
GOLF MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)

_____________________________________________________________________________

Semakan Pertama      :           Mesyuarat Pengerusi Teknik dan Pembangunan Golf

MSSM Bil 1/2013

21 - 23 Februari 2013

Semakan Kedua          :           Mesyuarat Pengerusi Teknik dan Pembangunan Golf MSSM Bil

1/2014

Hotel Selesa, Johor Bahru

05 – 07 Februari 2014

Semakan Ketiga         :       Mesyuarat Pengerusi Teknik dan Pembangunan Golf MSSM Bil

                                                1/2015

                                                Sekolah Sukan Bukit Jalil

                                                 16 April 2015

1.      PENGURUSAN

1.1  Kejohanan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (Committee) dan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah Negeri.

  1. ELIGIBILITI DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

2.1  Pertandingan ini akan mengikut undang-undang Rules of Golf and The Rules of Amateur Status  2012 – 2015 dan ‘Local Rule venue pertandingan masing-masing.

2.2  Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan Am MSSM.


  1. GELANGGANG PERTANDINGAN

3.1  Pertandingan boleh diadakan di mana-mana Kelab Golf yang memenuhi standard piawaian pertandingan.

3.2  Sekiranya negeri tersebut tiada kemudahan yang sedemikian maka ianya boleh diadakan di negeri yang berhampiran dengan persetujuan semua pengerusi teknik negeri.


  1. PENDAFTARAN PEMAIN

4.1  Lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun  dan lahir pada :

4.1.1        Bawah 18 tahun – 01 Januari ………..  dan selepas (SM)

4.1.2        Bawah 15 tahun – 01 Januari ………. dan selepas (SM)

4.1.3        Bawah 12 tahun – 01 Januari ………. dan selepas (SR)

4.2  Setiap kontinjen dikehendaki menghantar sejumlah maksimum 18 pemain yang terdiri daripada 3 pemain lelaki dan 3 pemain perempuan setiap kategori bawah 18 tahun, 15 tahun, 12 tahun sahaja.

4.3  Pemain perlu berdaftar berdasarkan umur mengikut kategori masing-masing.

4.4  Setiap pertukaran peserta boleh dibuat dengan persetujuan dan kelulusan Jawatankuasa Pengelola semasa mesyuarat Pengurus Pasukan.

4.5  Borang penyertaan kejohanan hendaklah dibuat melalui borang  M01, M02,(sekolah menengah) R01, R02 (sekolah rendah) yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

4.6  Pendaftaran juga MESTI dibuat melalui eKejohanan.

4.7  Setiap pendaftaran mesti disertakan satu salinan dokumen yang disahkan oleh sekolah masing-masing  seperti berikut :

4.7.1        Kad pengenalan

4.7.2        Surat beranak / My Kid (bawah 12 tahun)


5.      MASA PERMAINAN DAN SISTEM PERTANDINGAN

5.1  Masa pertandingan dan sistem pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Teknikal Golf MSSM mengikut keperluan venue pertandingan dan keadaan semasa.

5.2  Pendaftaran dan pengambilan scorecard semasa pertandingan MESTI dibuat oleh Pengurus Pasukan masing-masing.

5.3  Peserta mesti berada di kawasan permulaan 10 minit sebelum masa pertandingan dimulakan.

5.4  Sebarang kelewatan akan dikenakan penalti 2 pukulan. (Rules 33.7)

6.      FORMAT PERTANDINGAN

6.1   Strokeplay  54 lubang, 3 hari berturut-turut.

6.2  Tee Box

6.2.1        Lelaki bawah 15 dan 18 tahun                        - Tee Box Biru

6.2.2        Perempuan bawah 18 dan 15 tahun             - Tee Box Putih

6.2.3        Lelaki dan perempuan bawah 12 tahun         - Tee Box Merah

  1. PENGAWASAN DAN KEPUTUSAN

7.1 Jawatankuasa Pertandingan menyerahkan kuasa penuh kepada pengadil bertauliah

       yang dijemput untuk mengawas dan membuat sebarang keputusan semasa

       pertandingan berlangsung.


  1. ETIKA PEMAIN

8.1  Pemain yang didapati merokok, minum-minuman keras akan dibatalkan penyertaannya (disqualified) manakala menggunakan telefon bimbit semasa pertandingan akan diberi amaran keras, penalti 2 pukulan dan kesalahan seterusnya akan dikenakan tindakan buang padang.

8.2  Semasa pertandingan, peserta dikehendaki memakai pakaian golf yang sesuai. Kemeja – T tanpa kolar, seluar Jean / Track adalah DILARANG.

8.3  Semasa menghadiri upacara rasmi, peserta dikehendaki memakai pakaian seragam pasukan dan berkasut.

8.4  Penggunaan ’yardage book’ dibenarkan.


  1. PENONTON

9.1  Para penonton boleh menyaksikan kejohanan melalui buggy track dan MESTI  

     berada pada jarak 30 meter dari mana-mana peserta.

9.2 Peserta akan dikenakan penalti 2 pukulan jika didapati berkomunikasi dengan 

     penonton.


  1. PERKARA LUAR JANGKA

10.1.Jika berlaku bencana alam atau masalah cuaca di mana pertandingan tidak dapat  dilangsungkan, skor mengikut hari pertandingan akan diambil kira (18 lubang ) atau  tertakluk kepada Keputusan Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Teknikal Golf MSSM.


  1. PENENTUAN KEPUTUSAN

11.1Pemain yang mendapat skor gross terendah bagi 54 lubang akan diiktiraf

     sebagai Juara dan skor seterusnya untuk kedudukan seterusnya.

11.1.1    Jika terdapat keputusan seri penentuan pemenang akan dibuat melalui sistem On Count Back (OCB) iaitu :


11.1.1.1                      Skor 18 lubang hari terakhir @ lubang 1 - 18

11.1.1.2                      Skor 9 lubang hari terakhir @ lubang 10 - 18

11.1.1.3                      Skor 6 lubang hari terakhir @ lubang 13 - 18

11.1.1.4                      Skor 3 lubang hari terakhir @ lubang 16 - 18

11.1.1.5                      Toss coin



11.2Bagi acara berpasukan kemenangan akan ditentukan melalui jumlah mata  

    berdasarkan kedudukan pemain dalam acara individu seperti berikut :


KEDUDUKAN
1
2
3
4
5
6
MATA
10
7
5
3
2
1


11.2.1    Jika terdapat keputusan seri markah keseluruhan, pemenang akan ditentukan melalui jumlah kutipan pingat mengikut susunan emas, perak dan gangsa.


  1. BANTAHAN

12.1Sila rujuk Peraturan Am (12) MSSM

12.2Sekiranya ada bantahan, hanya pengurus pasukan dibenarkan mengambil

tindakan. Bantahan hendak dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) tunai.

12.3Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dikemukakan itu

      didapati tidak berasas dan ditolak.

12.4Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola    

     dalam masa tiga puluh minit (30) selepas pertandingan.

12.5Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuarat selepas Jawatankuasa Pengelola

      Pertandingan mendapati bantahan yang hendak dibuat dipertimbangkan selepas  

      bantahan diterima.

12.6Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan dan

     MSSM.


  1. LEMBAGA JURI RAYUAN

13.1Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM.

13.2Perlantikan Juri Rayuan terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa   Pengelola, 

                           Setiausaha Jawatankuasa Pengelola, Wakil MSSM, Pengadil Pertandingan dan 3 

                           pengerusi teknik golf yang tidak terlibat dalam kes bantahan.

13.3Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.


  1. LEMBAGA TATATERTIB

14.1Pelantikan Jawatankuasa Tatatertib adalah seperti yang dilantik oleh Majlis

      Sukan Sekolah-Sekolah Negeri. [Peraturan Am (14) MSSM].


  1. INSURAN

15.1Semua peserta yang menyertai Pertandingan ini dilindungi insurans yang dibiayai  

      oleh penganjur semasa pertandingan berlangsung sahaja.


  1. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


16.1Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh

      Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah

      muktamad. Sila rujuk Peraturan Am MSSM.